Thursday, May 21, 2015

Homestay di Bukit Mertajam

Hubungi Pok Leh 0195715007, harga Rm150. Area Taman Guar Perahu Indah. Sesuai dan berdekatan dengan UITM,MAtrikulasi, IPG dan me Udang sungai 2 dll
Memadam Kesilapan Sebaik ia pulang ke rumah ia mengajakku membeli pemadam katanya getah pemadam yang kubeli bila dipadam terlekat warna kehitaman pemadam kawannya licin dan putih aku sedikit memarahinya kerana pemadam yang kubeli dibalut jenama terkenal atau mungkin banyak peniruan lalu diunjuk buku matematiknya ternyata ada kesan kepalsuan. Sebagai ayah, berapalah sangat duit ringgit jika benar anak-anak mahu sekolah. Aku membawanya ke kedai muhibbah sepanjang jalan tergantung bendera anakku bertanyakan cara bagaimanakah digantung meniti wayar letrik? Kata cikgu ia sangat bahayakan ayah? sila-silap boleh mati! Biarlah nak kerja orang politik, kataku. Bukankah pemadam yang sudah kita beli tidak menyucikan kertas, Oh, ya apa nama pemadam yang baru mari kita menukarnya supaya matematikmu bersih dan kemas! Tapi ayah, atas jalan kehidupan matematik tidak berguna kerana ilmunya hanya mengira keuntungan Tak apalah nak, bila dapat pemadam baru kita usaha padamkan kejahatan. Kubang Semang, 2015
Hanya kami berdua (mengenang Rahimidin Zahari) Aku selalu membiarkannya pergi berlegar sendiri seperti sejunjung petola pagi menyulur matahari dalam titik embun yang kuat berdoa pada langit. Pergilah untuk menemukan diri kegagalan suatu kemungkinan hidup dari tiang-tiang yang dipilih dipacak tegak atas batas kehidupan yang kerdil. Hanya kami berdua menukar kedegilan dengan kepercayaan bahawa akar yang mengikat kenyataan menegakkan pohon pemikiran menjadi berbuah. Bechah Keranji, 1994
Dua Nokhoda Di luar kelir tak ada dua nakhoda yang muda, yang tua sekepala sahaja. Sejak mula bangsal mahu dipadah yang muda bersedia yang tua mengemasnya satu dalang atas panggung kehidupan kiri dan kanan kertas dan belulang besi dan kayu bunyi dan lagu semuanya hidup tiada yang mati melainkan dua nakhoda berebut puteri atau berebut negeri dalang akan mematikan dalam sadis cerita pertempuran panjang kerana dua nakhoda dibenci orang Ban Wang Tepus, Jitra.
Puisi Dalam Kampung Sejak usiamu menulis puisi di kampung kau menulis kebenaran yang tak pernah ada jauh panggang dari api keberanian. Tika sunyi kau mencari makna kebenaran mengisi hidup mengheret buluh kesukaran melepasi hutan untuk dibelah menjadi dinding ketabahan demi sesuap perkongsian. Sejak usiamu menulis puisi di kampung kau kenal banyak pekara yang sudah dipunahkan buluh yang memagari dusun sudah diracun rotan yang berselirat sudah lama dibakar baruh sudah bertukar menjadi perumahan. Nama kampungmu menjadi sebuah nama sia-sia banyak tanah belukar terbiar hak pusaka si kaya dilihat berkawan sia-sia dengan babi hutan. Hari Jumaat ini aku ingin berkhutbah biarlah dibacakan puisi dengan kudrat jantan mengais kehidupan atas tanah kesuburan supaya lingkaran kedaifan tak melilit hidup berdikari dengan kudrat bahawa bukan puisi yang diperlukan, tetapi mencari makna kebenaran dalam bahasa kemiskinan di perkampungan abadi. Sejak usiamu menulis puisi di kampung tak ada orang yang mahu bermenantu denganmu ubi-ubi gadung dan siput-siput hitam di baruh tidak dipandang orang seperti seni puisimu sendiri tak mampu memberi makan atau kekayaan. Sejak usiamu menulis puisi di kampung kau ingin berkata benar dalam pemikiran susahnya seperti anyaman dinding dan sulitnya seperti tawarnya racun ubi gadung direndam daun getah, Aku diajar berpuisi memahami jalan kesulitan dengan kamus kata-kata, menulis dan membinanya supaya hidup sama sahaja menjadi penulis, tukang, pekebun atau konglemerat yang berjaya tiada bezanya selagi akal kekal berusaha mengikut jalan dan kaedah yang bijaksana. Sejak kau menulis puisi di kampung nama kampungmu memang menjadi sebuah nama sia-sia tak ada orang memilih dan memberi kepercayaan sekepal tanah puisimu hanyalah khayalan yang tidak terbaca kandungan kebenaran taman-taman akhlak dan bijak bahasa fikiranmu tergadai pada pohon kedegilan yang tumbang dibakar kayunya pun tak berarang Sejak kau menulis puisi dalam kampungmu kau melontarkan renungan pada perubahan biar hidupmu seperti pepohonan berjasa yang tidak tergamak ditebang meskipun kampungmu tiada dalam genggaman Bechah Keranji, 2015
Lidah Dalang Selepas berjumpa Sri Rama di medan Mara ia mencari Pak Dogol langsung ia bertemu adindanya Wak Long sangat amarah di Sogo lalu memanggil sidang pertemuan negara merajuklah rakyat jelata. Aku ada lidah tetapi lidahku pendek kau pun ada lidah tetapi lidahmu dipendekkan dalang. Wok Yoh dan Said pun berjalan di kota besar melihat pembangunan kota dibanjiri hulubalang semua terkejut di padang keramaian itu Samad berbaju hitam melaung bahasa puisi di sisi puteri Sita Dewi dalam hujan petang kedua-duanya tercengang melihat Samad muncul sebagai pahlawan di sebuah kelir lain yang tak berwarna putih cuma mereka berdua susah jua mengaku lidahnya dipendek dalang dalam panggung demi memainkan watak yang kena main. Sogo, 2015