Sunday, August 2, 2009

Proses Kreatif

satu ciri penting dalam proses kreatif ialah keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru dan bernilai Setiap bidang ilmu mempunyai kreativiti, mereka yang banyak berkreativiti selalunya berdiam diri, banyak menelaah buku-buku, menguasai ICT malah menghabiskan sebahagian besar usia dan kehidupan dalam profesion sendiri.Dua anggota badan yang diberikan perlu digandakan, otak kiri kanan, telinga dua,mata dua, lubang hidung dua, kaki dua dan jari jemari 20. apatah lagi rambut. mereka mencari yang asli, membuat dengan kreativiti sendiri Memanglah, paksi awalnya bermula dengan peniruaan, proses mengenal dan belajar mencipta. Proses kreatif itu suatu proses mencari dan menemukan profesi dan bergembira dengannya. Jalannya agak sukar dan berliku, penuh dengan kesabaran, ketekunan. Asas awalnya mula dengan minat dan bakat. Adakalannya ada minat tetapi bakatnya kurang, makaperlu dibimbing dengan teknik dan kaedah. Apa yang tidak susah, tetapi kalau bergerak dengan minat, ada bakat apa pun jadi. Banyak kajian dibuat, bebagai teori dan andaian dicadangkan. Adakalanya betul, tetapi ada yang tidak sesuai kerana berkreativivi kerja peribadi.Pertolongan dan bantuan dikira baik juga kerana kita hanya dua deria, apalagi kalau dikongsi, syaratnya memiliki kepakaran. Nah, berkreativiv bukan mudah perlu kesabaran dan mesti berterusan.

Thursday, June 25, 2009

Ragam Dalam Puisi Tradisional

Ragam dalam puisi tradisional sangat dekat dengan masyarakat. Ragamnya berkaitan dengan worldview penuturnya. Manusia pinggir laut, bukit bukau atau nelayan petani, bangsawan dan istana mempunyai ragam dan naratif lisan. Umpamanya Mentera adalah nyanyian magis zaman primitif, gunanya untuk memulihkan tenaga secara dalaman. pantun tumbuh melata macam juga mantera, gurindam dari itu asalnya dari pengaruh Hinddu Tamil, syair katanya dari arab parsi masuknya pada abad ke-13, seusai tiba agama islam.pantun bersajak abab, syair bersajak aaaa.pantun ada pembayang bersifat lirik tetapi syair bersifat naratif. Sajak sifatnya lebih individualistik.sajak lirik, epik dan visual penyimpangan yang berlaku dianggap suatu proses pembahruan,tetapi harus ingat semuanya terjadi kerana ada fakor lain, penjajahan,pendidikan,dasar dan sistem.