Friday, July 27, 2018

Puisi-Puisi Cinta Rahimidin Zahari Satu Lakaran Kenangan Pada mulanya puisi-puisi melankolia bersesuaian dengan perubahan jiwa remaja dalam berpuisi. Suatu petang di beranda kayu rumah Mak Wan diajukan soalan cuba kita bandingkan puisi cinta Zurinah Hassan Anis Sabirin dan Salmi Manja dengan puisia cinta penyair lelaki Lim Swee Tin Zahari Ali dan Chairil Anwar sesudah melihat sajak sajak cinta dalam Majalah Remaja dan akhbar tabliod. Beliau sebenarnya sangat mengkagumi Wan Zanariah apatah lagi anak perempuannya juga penulis. Pernah sekali ia membawa saya ke rumah Wan Zanariah dan dari keakraban itulah maka bertautlah hubungannya yang rapat dengan orang orang besar dalam PPK termasuk Aziz Mohd Nor Mustafa Jusoh terutamanya arwah Wan Alimin Wan Mahmood dan seorang guru juga penulis. Asalnya sayalah yang membawanya ke hulu dan ke hilir supaya proses kreatifnya berkembang serta memperkenalkan secara jauh itulah para penyair Kelantan yang karyanya sering kita dengar di radio mahupun surat khabar dan Majalah. Saya mahunya bebas merdeka dan membentuk personalitinya apatah lagi pada waktu itu kami berdua sudah menjadi pelajar seni kreatif USM. Sejujurnya juga beliau ada sedikit watak egoisme maklumlah sudah menjadi peserta MPR sudah memenangi hadiah dan sudah banyak surat surat perempuan yang diterima. Malah sudah mengenali ramai penyair hebat. Kami berehat di Rumah Anak Alam dan berteksi ke DBP untuk minum teh kerana di warong dbp dapat bertemu pengrang dahulu walhalnya di sebelah pejabat kebudyaan. Jika tidak kerana Sabri Yunus dan Muhammad Daud terlepas temuduga ke USM. Saya menasihatinya keluarga kita banyak mengeluarkan wang ringgit menampung kita di Gelugur PP. Ada tiga peserta Minggu MPR bersama dan diikuti Arfah Ahmad yang masuk kemudianya. Kami mencari Asrul Sani Rival Apin Chairil dan Sitor di khutub kanah. Saya memegang Buku Pamusak Eneste dan menghulurkan padanya. Dengan bacaan puisi puisi cintanya semakin matang tetapi masih jelas ada pengaruh dan gaya penyair yang diminatinya.

Thursday, July 26, 2018

Puisi Puisi Cinta Rahimidin Zahari Satu Lakaran Kenangan

Puisi-Puisi Cinta Rahimidin Zahari Satu Lakaran Kenangan Lazimnya apabila seseorang pengkaji Yang mahu mengesan benih dan bakat kepenyairan segala catatan dan tulisan awal tokoh penyair sangat berguna untuk melihat kebun kepenyairan yang tumbuh. Demikian kerana pada awalnya kepenyairan Rahimidin Zahari begitu akrab dengan saya malahan dianggap dari darah daging yang memiliki naluri kepunjanggaan yang sama. Memang sebelah keluarga kami awalnya dari Demit Kubang Kerian dan sekitar Bukit Marak. Malahan ada saudara mara lain yang menulis dan satu tanda Nama perkuburan yang menempatkan jasad arwah itu dinamakan Tok Canggah. Sebelah datuk dan sebelah ibunya kami bersaudara kerana pada masa dahulu adat dan keturunan diutamakan. Ibunya yang dipanggil Mak Wan mempunyai hubungan sebelah arwah bapa saya. Tiap tiap kampung akan menjadi seperti pulau Dan Kami akan bertani ditanah pinggir milik kerabat diraja. Kami diceritakan bagaimana kerabat diraja kalah Judi menyambung ayam Dan menjual tanah kepada Cina Dan Cina kalah Judi menjualnya Rm80 setengah ekar. Di sekeliling kampung Kami sawah padi dan paya. Pada masa itu hampir serial rumah Yang mengusahakan tanah sawah akan membela lembu kerbau dan angsa. Dan setiap rumah akan memiliki pokok durian yang terkenal isinya. Selain itu, selayaknya zaman remaja akan diisi dengan mengaji al Quran dan membela burung merpati tekukur jawa dan bermain. Arwah kerana memiliki saiz badan yang kurus kurang cergas dalam permainan walaupun pada zamannya di dalam kampung sudah ada gelanggang takraw badminton dan bolasepak. Saya masih ingat dibawah rimbunan manggis ada court badmiton dan ditebing paya ada ditepi pohon asam celagi ada court takraw.Di belakang rumahnya yang kini menjadi kebun getah adalah padang bola. Beliau lebih banyak membaca dan bersunyian malah sesekali mengayuh basikal ke rumah saya dalam jarak 1KM untuk berbual soal sastra khususnya puisi. Dari warna latar sedemikian tumbuhlah benih benih puisi pendek dan berangkap. Banyak latar alam dikutip dan dijadikan lambang yang membawa suara penyair. Namun demikian dalam diam diam ia menceritakan kepada saya ada gadis kubang Tin atau sesetengahnya memanggil jambu merah menjadi kesegarannya berkarya. Maka ia mula menunjukkan beberapa puisi peribadi yang berkembang dalam simbol cinta. Pada peringkat awal bahasa puisi yang sangat kuat mempengaruhinya ialah bahasa Mokhtar Awang Aziz Mohd Nor dan Chairil Anwar. Namun setelah mengenal Aziz HM bahasanya berpindah gaya malah dipinjam ubah kekadang menjadi Lim Swee Tin. Sekadar contoh, sebuah puisi Rahimidin yang ditulis pada seseorang dikrim tangan -selaku lelaki perkasa, dan kau aku mahkotakan wanita mulia, rahsia tidak perlu lagi antara kita berdua (7 Disember 1989) Di hujung dapur rumahnya ada sebatang sungai dan sawah padi tempat keluarganya bersawah. Di pinggir sawah ada saudara kami yang di panggil Pok Mat Barat yang sangat mahir bergendang silat malah menjadi pendekar. Ironinya semua ini disembinyikan daripada kami sehinggalah bonda bercerita msalnya Che Mat Hama itu asalnya pelarian Champa atau Kemboja yang ditemui hanyut di ambil oleh dato untuk berkerja membuat peralatan buluh dan kayu dan Pok Mat Barat itu saudara sebelah Tok Leh moyang kami yang mungkin lari dari Barat panggilan kepada Siam. Di situ akar muzik seni Rahimidin kepada paluan gendang dan gong serunai sehingga terserlah bakatnya dalam wayang kulit. Apapun cintalah membuatnya terkasima dan terjun di sungai penyair. Gadis Jambu merah yang berumah di sebelah surau di hadapan pam minyak itu hanyalah sebuah kenangan. Katanya dalam puisi; -kutinggal kekasih kerana cempaka kutanam harumnya luruh. Rahimidin hanya akan bercerita kepada kenalan rapatnya akan suka duka hidupnya. Walaupun rakannya peserta Minggu Remaja soal cinta yang bersifat peribadj akan dikunci tetapi dilukiskannya dalam puisi.