Monday, September 14, 2015

Puisi Melayu Berjiwa Melayu

Ada pepatah menyebut negeri atas angin, dikaitkan dengan negeri yang jauh, misalnya Benggala atau China. Pemikiran melayu terbentuk sama seperti dibincangkan para pemikir aliran struktulis yang menjadikan bahasa sebagai sains dalam kesusasteraan. Malah jika dikaji pemeringkatan dalam tranformasi tanda dan petanda ini berlaku lebih awal.Asas pemikiran ini dilihat bertapak kukuh dalam peribahasa, kemudian berubah dalam genre pantun. Istilah pantulan, refleksi yang dibincangkan oleh MH.Abrams juga telah dewasa lama di alam Melayu.Pengarang mendekati alam, malah mempelajari selok belok alam untuk tujuan kehidupan. Satu hal yang utama dalam kehidupan bukan sahaja untuk makan, tetapi berusaha untuk melihat dan mengkaji seterusnya menggunakan sebagai sumber bertujuan dalam kehidupan. Makanan menjadi matlamat utama, tetapi mengatasi bencana juga perlu dilakukan. Suatu contoh yang kerap berlaku mengikut tempat tinggal manusia ialah mengenali sifat-sifat tumbuhan dan binatang yang tidak diterangkan dengan jelas dalam sumber keagamaan.Antara contoh penting ialah ubi gadung, sejenis ubi yang dipercayai mempunyai bahan kimia yang boleh menyebabkan pemakannya menjadi pening. Isinya boleh dimakan tetapi perlu dibuangkan racun dalam ubi. Demikian juga dengan kulat yang beracun dan tidak beracun. Alam yang didekati dan kaya dengan tumbuhan ini memberi penyatuan kehidupan pada orang Melayu.Segala yang berfeadah itu dijadikan sahabat dalam kehidupan. Manakala kehidupan yang negatif berasaskan alam yang menjadi sumber penting kepada mereka