Thursday, May 21, 2015

Memadam Kesilapan Sebaik ia pulang ke rumah ia mengajakku membeli pemadam katanya getah pemadam yang kubeli bila dipadam terlekat warna kehitaman pemadam kawannya licin dan putih aku sedikit memarahinya kerana pemadam yang kubeli dibalut jenama terkenal atau mungkin banyak peniruan lalu diunjuk buku matematiknya ternyata ada kesan kepalsuan. Sebagai ayah, berapalah sangat duit ringgit jika benar anak-anak mahu sekolah. Aku membawanya ke kedai muhibbah sepanjang jalan tergantung bendera anakku bertanyakan cara bagaimanakah digantung meniti wayar letrik? Kata cikgu ia sangat bahayakan ayah? sila-silap boleh mati! Biarlah nak kerja orang politik, kataku. Bukankah pemadam yang sudah kita beli tidak menyucikan kertas, Oh, ya apa nama pemadam yang baru mari kita menukarnya supaya matematikmu bersih dan kemas! Tapi ayah, atas jalan kehidupan matematik tidak berguna kerana ilmunya hanya mengira keuntungan Tak apalah nak, bila dapat pemadam baru kita usaha padamkan kejahatan. Kubang Semang, 2015

No comments: