Wednesday, August 19, 2015
Wacana Teks Dalam Beberapa Puisi Terpilih Rahimidin Zahari
Teks adalah satu kesatuan yang utuh kerana dibangunkan dalam kesatuan semantik , tipografi, serta pengamatan pengarang. Analisis wacana adalah "the analysis of language in use" (Brown dan Yule, 1983). Strategi analisis tersebut sememangnya berdasakan pada sejauh manakah berfungsinya ungkapan bahasa dalam "real time processes" (Gumperz, 1982). Sebagai pembaca, adakah ungkapan tersebut kesatuan benar-benar diterapkan dalam proses interaksi komunikatif penyair dalam karya. Demikian itulah saya sebagai pembaca akan membaca untuk menikmati kesedapan dan kesatuan proses pengungkapan makna serta perilaku mengarang dalam konteks pemeguan yang sesungguhnya hidup antara tanda dan petanda.
Asasnya dalam bacaan, secara mudahnya ialah wacana dan teks, pengarang dan pembaca sebagai pemberi makna kepada paparan komunikatif yang muncul dalam teks. Demikian pula ungkapan bahasa puisi. Ungkapan bahasa puisi semantik dalam berbagai-bagai ragam petanda serta gaya bahasa itu tentulah terus berkembang dalam proses interaksi komunikatif. Ungkapan tersebut dituliskan untuk dibaca, atau dituturkan untuk didengar, lalu difahami pembaca. Dalam proses pemeguan dan pemahamannya penyair berusaha berkomunikatif, dan sikap pembaca pula terus-menerus berusaha mengembangkan komunikatif berdasarkan tanggapan atas dasar pemahaman yang lain. Dalam konteks yang lain pula, akan wujud ungkapan bahasa yang sarat komunikatif yang demikian itulah dianggap sebagai analisis wacana puisi supaya kesatuan itu dimengerti oleh pembaca. Dalam proses kreatif penyair perilaku komunikatif itu berputaran dalam ruang cipta. Di mana-mana, atau jauh di sebuah negeri kecil di Timur, Tanah Serendah gelarnya, di situlah adanya Rahimidin Zahari, yang dilahirkan dan membesar bersama-sama kuning dan hijau subur padi, merangkak dalam selut kehidupan, membesar dengan alam, terasuh dengan bimbingan keagamaan sehingga beliau menapak dalam jurai-jurai puisi. Separuh daripada usianya dihabiskan dengan mengarang puisi, meniup rasa dan menyuntik semangat, berjuang dalam acuan pemikiran dengan cara mengamati, menasihati, menegur, dan mengkritik yang salah. Beliau menjadi pencatat dan perakam suasana aneh di penghujung perjalanannya. Bakat awal kepenyairannya masih segar dan gagah dalam identitinya yang bermula dari daerah perkampungan dalam buku Lakaran Kampung, dalam komunikatif bahasanya dan kemahirannya yang tersendiri. Dengan memegu beberapa wacana yang difahaminya.Asas pada pembacaan puisi terpilih ialah melihat bagaimana media kehidupan saling berintraksi melalui pelbagai ruang mental sehingga apa yang dimiliki bersama iaitu media sosial dan wacana itu dihadam dan diolah ke dalam bentuk bahasa oleh penyair. Ruang media komunikatif ini dapat dinikmati apabila kita membaca puisi Rahimidin Zahari. Misalnya dalam beberapa puisi beliau menggunakan media wayang kulit untuk mereperentasi sesuatu pemberlakuan yang diterima, contahnya “telah kusedari lewat kali ini, kau tinggalkan kami dengan sebenar-benarnya, bunyi rebab dan suara pak dogol sendirian”. Penyajian teks dalam bentuk pesan ini menimbulkan kesedaran makna dan usaha yang dibawa oleh beliau untuk sekurang-kurang menghidupkan semula media wayang kulit. Apa yang ditulis beliau itu menjadi kesedaran dan bercerita pada pembaca. Wacana yang saling bertindih dalam bentuk ungkapan kata-kata itu menimbulkan perkongsian komunikasi antara pembaca dan pengarang. Penyair yang teliti akan meyudutkan kekuatan berkomunikatif dengan memberi jiwa dan kekuasaan setelah menerima kesan langsung daripada media sosial sehingga eulogi dan eufemisme menjadi wacana yang akan menegaskan pemikiran dalam puisi.Sebagai perbandingan, kekuatan teks dalam puisi Sapardi Djoko Damono, Hujan Bulan Juni, yang diberikan produksinya dengan tajuk Jarak; “dan Adam turun di hutan-hutan,mengabur dalam dongengan dan kita tiba-tiba di sini tengadah ke langit; kosong sepi.”
Sapardi melihat Adam sebagai media komunikatif yang hidup dalam ruang jujur dan benar, akan tetapi dunia dan langit diproduksinya sebagai teks baru yang menjadi wacana baru untuk membaca akhlak manusia. Persoalan eufemisme dalam puisi sangat berpengaruh untuk membina wacana kritis apabila munculnya kalimat. Mungkin berpandukan catatan dalam Perjalanan Salik, beliau menulis Yuyuen Garden;
kita yang selalu berbeza dan aku yang kau
sukar menerka; ingin membina sebuah taman
sebagaimana yang teragan di negeri cinta
akan kupindahkan taman dengan segala
bunga-bungaan, kolam tempat ikan berenang,
marmar berobjek masa lampau; cuma di
halaman akan kutukarkan gingko dengan
sepohon kenanga yang harumnya
bertahun akan kukenang.
Demikian itu, penemuan penyair dengan sepohon ginko di luar media tetapi pemeguan dengan sepohon kenanga dalam media secara tidak langsung mewujudkan rasa perbandingan seakan bidalan lama hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. Dalam kaedah analisis wacana, teks itu sendiri memperlihatkan bagaimana analisis telah berlaku apabila media sosial bertembung dalam garis pemikiran penyair. Makna-makna sampingan akan luruh dalam puisi apabila pembaca membaca puisi Rahimidin, contohnya dalam puisi Tok Janggut beliau bergelut dalam media sejarah untuk menyuarakan sudut kepewiraan tokoh dengan memilih aku murba perkasa serta memilih Islam dan Melayu dalam membangkitkan hegemoni dalam puisi.Kekuatan dan dominasi semantik harus dibangunkan dalam puisi patriotik supaya kekuasaan puisi itu bukan sahaja terserlah pada bahasa sahaja tetapi akan turut dirasai apabila dibaca. Misalnya hegemoni pertama diwujudkan begini;
Kuharung sungai
Kususur bukit tujuh gua yang silam
Aku murba perkasa
Kau tuduh penderhaka celaka?
Pemaksaan hegemoni dalam media sejarah dihidupkan lagi oleh penyair supaya dapat memperlihatkan kepada pembaca penyair dapat mendominasikan fakta ke ruang media komuinkatif baru. Antaranya diungkap begini;
Aku tak pandai berselindung
dengan kepang dan senandung
Suaraku tak mungkin semerdu seruling
Aku tak rela tanah darahku diinjak dijajah
Aku tak rela hasil bumiku dicantas dipulas
Aku tak rela bangsaku dipandirkadukkan
Aku tak rela islam agamaku disendatemehkan
Tanpa sedar penyair menceritakan fakta sejarah tetapi dalam wadah media yang memperlihatkan titik kesedaran bahawa kisah sejarah Tok Janggut ini bukan sejarah semata-mata, tetapi suatu dominasi kekuasaan yang mampu membangun jiwa dan membentuk masyarakat dan pemikiran kenegerian yang berdaulat. Sebagai pembaca, sesuai dengan konsep kajian wacana antara lainnya berusaha melihat struktur pesan yang dioleh oleh pengarang dalam karya. Dengan menggunakan tokoh Tok Janggut, kalimat puitis disusun penyair,
Tok janggut haji mat hasan namaku
Tujuh lapis langit terpikul di bahu
Tujuh lapis bumi tercengkam di kaki
Aku pulang dari tanah makkah yang putih dan suci
Ingin ku lihat tanah darahku tanpa dijajah
Kubaca jamaluddin al afghani
Kuhafal reformis Muhammad abduh
Dan kugenggam ideologi rasyid redha
Tok janggut haji mat hasan namaku
Anak kelantan kelahiran pasir putih
Kampung saring mahupun jeram
adalah padang permainanku
adalah gelanggang silat
tempat kau memperlimaukan diri
Dalam analisis wacana, bahasa perlu dihubungkan dengan tujuan atau disebut dalam konteks, atau dengan konteks.Apakah tujuan penyair menulis puisi Tok Janggut? Dengan menggunakan pendekatan analisis wacana, jika mengikut konteks ia bertujuan untuk mengisi ruang kemerdekaan. Jika wacananya dihalusi dengan memegukan bahasa terpilih puisi Tok Janggut memancarkan hegemoni yang tersirat seperti kata penyair dalam beberapa kata dalam rangkap di bawah, jantan perkasa, ranting cempaka,psra tirani dan darah matahariku.
Aku pulang siap sedia sebagai lelaki anak jantan perkasa
Aku siap sedia menitiskan darah ke ranting cempaka
Ini tanah darahku tak kurela kau kikis habis
Kuoleng mangkuk mimpi para tirani
Inilah nafasku
Angin bergegas menyebarkan tandus
Dan nah!
Darah matahariku akan terpercik
Ke tanah pasir putih
Rintih angin taufan sedialah kau akanku amuk
Kugetus jantung hatiku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
"ringkik angin topan
sedialah kau
akan kuamuk kugetus kantung nyawamu
kalaupun aku mati di tangan bangsaku
aku mati sebagai pembela sejati"..(puisi Tok Janggut)
Post a Comment