Friday, August 28, 2015

Wacana Melayu dalam beberapa puisi terpilih Rahimidin

Penyair Rahimidin Zahari sangat mengagumi A.Latiff Mohiden. Penyair dan pelukis yang bijaksana menerapkan simbol-simbol terpilih supaya kesedapan dalam berpuisi dapat dikawal oleh pemikiran. Konsep sumber yang dipadan daripada simbol tertentu dirungkai dalam karya Greek dengan istilah sumballo yang bererti menghubungkan, atau mengabungkan simbol supaya mendapat makna. Hal ini juga bererti penyair berusaha dalam karyanya itu untuk menghubungkan simbol dengan keinginan massa komunikatif penyair dalam memadankan makna samada secara figuratif atau sebaliknya. Misalnya dalam antologi sekepal tanah, ditemuikan simbol para nabi, sahabat dan isteri Rasulullah s.a.w. Nabi Adam kerapkali dipadankan oleh penyair, antaranya dalam puisi Selembar Tubuhmu, dari tubuhmu mengalirlah sungai itu dari titisan arwah Adam dan Hawa. Dalam puisi Khuldi Adam, ditulisnya sepi yang tercipta kau ingatkah Khuldi Adam? Tidak berhenti di situ simbol Adam terus dipintalnya dalam puisi Kata Adam,antaranya Berikan aku seorang Hawa, aku kesepian. Daripada beberapa puisi yang diolah ini ia jelas menebak soal keperibadian penyair khususnya dalam soal mengawal nafsu. Penyair seolah cuba menyampaikan pembebasan ekspresi dalam mengurus nafsu diri dalam usia muda. Seperti katanya aku terlalu takut sejarah berulang, pemadanan sejarah itu mengabungkan samada kegagalan mengawal nafsu diri dengan ikatan iman akan menghukum diri seperti Khuldi Adam. Seperti dibahaskam oleh banyak pengkaji puisi konsep sense dan refernce menjadi asas samada oleh penyair dan pembaca. Rahimidin ingin menulis mengenai nafsu sebagai sense, dan sumber massa yang menjadi wacana atau sebagai referance ialah Adam.Selain pemikiran berkaitan nafsu, antara bentuk puisi yang banyak dikarang penyair ialah puisi motivasi, kematian dan persoalan keakuan. Berbalik kepada pelopor hermeneutik, Paul Ricoeur yang menanggapi setiap kata adalah simbol, maka untuk melahirkan puisi motivasi juga perlu memadankan sense dengan simbol simbol yang kuat. Hal ini demikian kerana untuk mengungkapkan sesuatu sense dengan massa penyair perlu memilih kalimat yang dapat menafsirkan sesuatu. Oleh itu, proses membawa dan mengubah makna mestilah menghampiri supaya pembaca mudah menelaah dan merasai kesedapan dalam berpuisi. Misalnya dalam puisi Sekepal Tanah, simbol Nenda Ismail menjadi simbol massa yang bermain dalam kehidupan penyair malah kalimat nenda di sini menjadi simbol konkrit yang menjadi wacana tentang apa yang berlaku antara penyair dan arwah datuknya. Penyair memilih burung-burung dan tanah di kuburan sebagai pelengkap dalam mengolah tema kematian. Persoalan kematian ini diinterpretasi dengan baik kerana kekuatan sanse itu dihubungkan dengan simbol dan bahasa yang dinamik. Banyak puisi yang men arik misalnya Kukirimkan Sepi,Negeri yang lain,Kau lena perlahan tanpa jaga untuk bangun kembali, Dari daerah perkuburan dan beberapa lagi.Jika dalam tradisi sastera barat I.A.Richards, Elliot, Abrams,Paul Ricoeur, yang melihat kesatuan dari berbagai idea yang bersifat dalaman, kekuatan gaya berpuisi Rahimdin juga kerana beliau tidak meninggalkan pemikiran Melayu. Selain melihat puisi-puisi Latif Mohidin beliau lebih awal melihat seni melayu dalam main teri,mak yong, wayang kulit dan bageh.Dalam masa yang sama beliau melihat dan pembaca falsafah pemikiran Nakula. Titik awal puisi yang menjadi bacaannya ialah karya Mocehtar Awang dan Sapardi, yang kemudiannya beralih kepada karya T.Alias Talib. Belaiu melihat pengucapan mantera melayu sebagai puisi yang kaya dengan imej visual Melayu. Misalnya kekuatan Megat Yaman sebagai pemain teri atau bageh telah menguasai sensenya dalam bercerita sehingga beliau menulis cerpen bertajuk Pak Da Megat Wan Setapa Mek Mah Tok Bageh yang ditulis ketika mana beliau mahu mengkaji mantera atau jampi untuk melengkapkan pengantar kesusasteraan di USM, malah secara kebetulannya Nenda Ismail adalah orang tua yang dikenali ramai apalagi oleh tokoh bageh berkenaan. Rasukan puitis itu kemudiannya dilagukan dalam puisi misalnya puisi Tok Janggut.Keupayaan kreatif yang agak kuat dalam karya menyebabkan ramai teman-teman penulis,guru dan sebagainya membuka mata. Sebagai pengarang yang masih muda usia tetapi tua karyanya kemunculannya mengejutkan banyak pihak. Bermula dengan sajak batu-batu di laman, kemudian anak Laut beliau terusan menulis sehingga kemuncak yang paling kuat aoabila antologi Sekepal Tanah yang memenangi hadiah Sastera Darul Iman. Usaha beliau mendekati wayang kulit sesudah berkerjaya sebagai pegawai kebudayaan turut sama membantu beliau mendapatkan referance dalam.berkarya.

1 comment:

edolah said...

Wacana Melayu dalam karyanya lebih terserlah dalam Kumpulan Puisi "Laut Tujuh Gelombang Buih" yg mengumpulkan sebahagian besar puisi yg diangkat drp epik Wayang Kulit Kelantan, khususnya Ramayana. (Kumpulan ini memenangi tempat kedua Sayembara Penulisan anjuran ITBM-PENA-BH)