Sunday, December 4, 2016

Hanyut Dalam Historisme Melayu

Imprealisme menyebabkan negara-negara bekas tanah jajahan Barat menimbulkan banyak konflik. Antara matlamat koloni belayar kerana tiga kepentingan Gospel, gold, dan glory. Sepanjang penerokaan itu banyak misteri berlaku ke atas para koloni, para pegawai British mahupun Belanda yang menyahut seruan perluasan empayar, kuasa ekonomi dan Kristianiti. Pertembungan konflik menjadikan sakah satu isu yang dibawa oleh Joseph Conrad. Naratif sejarah akan mengajak penonton untuk menghayati masa silam.Apabila naratif asalnya dipindahkan, penghayatan yang dibuat bersifat universal. Pengikatnya ialah garis-garis cerita dari peristiwa ke peristiwa. Naratif sejarah sebaiknya dimulakan dengan pembacaan, bukan sekadar visual. Demikian kerana adakalanya naratif dalam filem sukar difahami kerana kesulitan itu diwujudkan oleh massa. Dari novel Almayer's Folly Joseph Conrad, U Wei mengalih massanya menjadi naratif visual yang beraras tinggi dalam filem Melayu. Muslihat perdagangan, keliaran kuasa, dan sempadan politik rebah kerana cinta dan perempuan. Almayer yang percaya dengan mitos kewujudan gunung emas diperangkap oleh para pedagang dan pembesar Melayu yang tamak dan berusaha mengusir Almayer daripada membawa Nina keluar daripada kepulauan borneo. Nina satu ikon kerjasama antara timur dan barat hidup tersepit dalam membuat keputusan, menerima Dain Maroola atau.membuang Almayer kerana cinta. Cincin dan gelang kaki menjadi aksara kebenaran bagi Almayer tetapi tidak bagi Melayu yang berdendam. Filem sejarah tidak melupakan lunas sejarah tetapi isu sejarah itu dijadikan alur yang bergerak secara kolektif. Lanun di mana-mana pun sifatnya lanun dan pedagang menggunakan kelicikan untuk menguasai perdagangan. Rakyat miskin tetap papa kedana kerana mitos telah menghukum mereka. Ibu Nina mewakili peribumi yang ketinggalan menjadi mangsa kelas menengah dilihat sukar untuk berubah. Dengan membariskan pelakon-pelakon hebat Hanyut membawa satu dokumen bangsa daripada penelitian barat tentang sikap, cara hidup bangsawan Melayu semasa menerima ketuanan Inggeris. Filem berwajah Inggeris Malay ini mempunyai pakej yang cukup realisme dalam mengantrabangsakan filem Melayu keluar daripada naratif gelap. Filem begini sukar dijual kerana elemen seni yang berskala besar belum matang dalam kalangan masyarakat. Pemikiran seni U Wei dalam senimatografi sangat indah, teliti dan kolektif. Dengan lakonan mantap Hanyut mampu diangkat sebagai filem terbaik 2016. Dengan Lakonan Peter O’Brien, Datin Sofia Jane, Diana Danielle, Adi Putra, Khalid Salleh, Bront Palarae, Rahayu Saraswati dan Alex Komang (Allahyarham) Sabrii Ibn Yunus filem ini menjadi orde baru senima melayu yang mementingkan seni filem dan keindahan

No comments: