Thursday, June 25, 2009

Ragam Dalam Puisi Tradisional

Ragam dalam puisi tradisional sangat dekat dengan masyarakat. Ragamnya berkaitan dengan worldview penuturnya. Manusia pinggir laut, bukit bukau atau nelayan petani, bangsawan dan istana mempunyai ragam dan naratif lisan. Umpamanya Mentera adalah nyanyian magis zaman primitif, gunanya untuk memulihkan tenaga secara dalaman. pantun tumbuh melata macam juga mantera, gurindam dari itu asalnya dari pengaruh Hinddu Tamil, syair katanya dari arab parsi masuknya pada abad ke-13, seusai tiba agama islam.pantun bersajak abab, syair bersajak aaaa.pantun ada pembayang bersifat lirik tetapi syair bersifat naratif. Sajak sifatnya lebih individualistik.sajak lirik, epik dan visual penyimpangan yang berlaku dianggap suatu proses pembahruan,tetapi harus ingat semuanya terjadi kerana ada fakor lain, penjajahan,pendidikan,dasar dan sistem.

Wednesday, October 8, 2008

Prosa Tradisional

Genre
a)Naratif Lisan-Mitos,Legenda,Cerita Rakyat
b)Naratif Tulisan-Sastera Agama,Sastera Sejarah,Sastera Panji,Sastera Hikayat
c)Prosa Bukan Naratif, Sastera Kitab, Sastera Undang-Undang,Sastera Ketatanegaraan

Ciri Prosa Tradisional secara umum seperti berikut
a)sastera yg diwarisi,pusaka seni tinggi nilai sejak zaman berzaman
b)disebarkan secara lisan
c)menjadi milik bersama kerana tiada nama pengarang
d)karyanya bersifat statik,berkembang dlm klompok kecil,cth petani/nelayan
e)isi cerita bersifat sejagat/uiversal
f)terdapat pengulangan kata asing arab/sanskrit/jawa
g)banyak menggunakan laras bahasa istana
h)Banyak menggunakan ayat songsang,panjang dan kompleks.
i)Mengandungi unsur mitos/legenda
j)Penanda wacana lama digunakan pada awal ayat,arkian,sebermula,hatta

Ciri-Ciri Puisi Tradisional

Syair mempunyai beberapa ciri,antaranya
i)empat baris serangkap
ii)jumlah perkataan dalam sebaris antara tiga hingga lima perkataan.Manakala suku kata setiap baris lapan hingga dua belas sukukata
iii)Tergolong dalam puisi kata
iv)skema rima hujung sama, aa,aa
v)rangkap syair kesatuan idea kerana baris tidak dapat berdiri sendiri
vi)dalam satu baris ada hentian/jeda
vii)isi syair umumnya cerita atau pemerian yang panjang berkaitan percintaan,pengajaran,keagamaan,falsafah dan sebagainya
umumnya difokuskan berdasarkan medan makna,medan kata dan medan rasa.