Friday, August 28, 2015

Wacana Melayu dalam beberapa puisi terpilih Rahimidin

Penyair Rahimidin Zahari sangat mengagumi A.Latiff Mohiden. Penyair dan pelukis yang bijaksana menerapkan simbol-simbol terpilih supaya kesedapan dalam berpuisi dapat dikawal oleh pemikiran. Konsep sumber yang dipadan daripada simbol tertentu dirungkai dalam karya Greek dengan istilah sumballo yang bererti menghubungkan, atau mengabungkan simbol supaya mendapat makna. Hal ini juga bererti penyair berusaha dalam karyanya itu untuk menghubungkan simbol dengan keinginan massa komunikatif penyair dalam memadankan makna samada secara figuratif atau sebaliknya. Misalnya dalam antologi sekepal tanah, ditemuikan simbol para nabi, sahabat dan isteri Rasulullah s.a.w. Nabi Adam kerapkali dipadankan oleh penyair, antaranya dalam puisi Selembar Tubuhmu, dari tubuhmu mengalirlah sungai itu dari titisan arwah Adam dan Hawa. Dalam puisi Khuldi Adam, ditulisnya sepi yang tercipta kau ingatkah Khuldi Adam? Tidak berhenti di situ simbol Adam terus dipintalnya dalam puisi Kata Adam,antaranya Berikan aku seorang Hawa, aku kesepian. Daripada beberapa puisi yang diolah ini ia jelas menebak soal keperibadian penyair khususnya dalam soal mengawal nafsu. Penyair seolah cuba menyampaikan pembebasan ekspresi dalam mengurus nafsu diri dalam usia muda. Seperti katanya aku terlalu takut sejarah berulang, pemadanan sejarah itu mengabungkan samada kegagalan mengawal nafsu diri dengan ikatan iman akan menghukum diri seperti Khuldi Adam. Seperti dibahaskam oleh banyak pengkaji puisi konsep sense dan refernce menjadi asas samada oleh penyair dan pembaca. Rahimidin ingin menulis mengenai nafsu sebagai sense, dan sumber massa yang menjadi wacana atau sebagai referance ialah Adam.Selain pemikiran berkaitan nafsu, antara bentuk puisi yang banyak dikarang penyair ialah puisi motivasi, kematian dan persoalan keakuan. Berbalik kepada pelopor hermeneutik, Paul Ricoeur yang menanggapi setiap kata adalah simbol, maka untuk melahirkan puisi motivasi juga perlu memadankan sense dengan simbol simbol yang kuat. Hal ini demikian kerana untuk mengungkapkan sesuatu sense dengan massa penyair perlu memilih kalimat yang dapat menafsirkan sesuatu. Oleh itu, proses membawa dan mengubah makna mestilah menghampiri supaya pembaca mudah menelaah dan merasai kesedapan dalam berpuisi. Misalnya dalam puisi Sekepal Tanah, simbol Nenda Ismail menjadi simbol massa yang bermain dalam kehidupan penyair malah kalimat nenda di sini menjadi simbol konkrit yang menjadi wacana tentang apa yang berlaku antara penyair dan arwah datuknya. Penyair memilih burung-burung dan tanah di kuburan sebagai pelengkap dalam mengolah tema kematian. Persoalan kematian ini diinterpretasi dengan baik kerana kekuatan sanse itu dihubungkan dengan simbol dan bahasa yang dinamik. Banyak puisi yang men arik misalnya Kukirimkan Sepi,Negeri yang lain,Kau lena perlahan tanpa jaga untuk bangun kembali, Dari daerah perkuburan dan beberapa lagi.Jika dalam tradisi sastera barat I.A.Richards, Elliot, Abrams,Paul Ricoeur, yang melihat kesatuan dari berbagai idea yang bersifat dalaman, kekuatan gaya berpuisi Rahimdin juga kerana beliau tidak meninggalkan pemikiran Melayu. Selain melihat puisi-puisi Latif Mohidin beliau lebih awal melihat seni melayu dalam main teri,mak yong, wayang kulit dan bageh.Dalam masa yang sama beliau melihat dan pembaca falsafah pemikiran Nakula. Titik awal puisi yang menjadi bacaannya ialah karya Mocehtar Awang dan Sapardi, yang kemudiannya beralih kepada karya T.Alias Talib. Belaiu melihat pengucapan mantera melayu sebagai puisi yang kaya dengan imej visual Melayu. Misalnya kekuatan Megat Yaman sebagai pemain teri atau bageh telah menguasai sensenya dalam bercerita sehingga beliau menulis cerpen bertajuk Pak Da Megat Wan Setapa Mek Mah Tok Bageh yang ditulis ketika mana beliau mahu mengkaji mantera atau jampi untuk melengkapkan pengantar kesusasteraan di USM, malah secara kebetulannya Nenda Ismail adalah orang tua yang dikenali ramai apalagi oleh tokoh bageh berkenaan. Rasukan puitis itu kemudiannya dilagukan dalam puisi misalnya puisi Tok Janggut.Keupayaan kreatif yang agak kuat dalam karya menyebabkan ramai teman-teman penulis,guru dan sebagainya membuka mata. Sebagai pengarang yang masih muda usia tetapi tua karyanya kemunculannya mengejutkan banyak pihak. Bermula dengan sajak batu-batu di laman, kemudian anak Laut beliau terusan menulis sehingga kemuncak yang paling kuat aoabila antologi Sekepal Tanah yang memenangi hadiah Sastera Darul Iman. Usaha beliau mendekati wayang kulit sesudah berkerjaya sebagai pegawai kebudayaan turut sama membantu beliau mendapatkan referance dalam.berkarya.

Wednesday, August 19, 2015

Wacana Teks Dalam Beberapa Puisi Terpilih Rahimidin Zahari

Teks adalah satu kesatuan yang utuh kerana dibangunkan dalam kesatuan semantik , tipografi, serta pengamatan pengarang. Analisis wacana adalah "the analysis of language in use" (Brown dan Yule, 1983). Strategi analisis tersebut sememangnya berdasakan pada sejauh manakah berfungsinya ungkapan bahasa dalam "real time processes" (Gumperz, 1982). Sebagai pembaca, adakah ungkapan tersebut kesatuan benar-benar diterapkan dalam proses interaksi komunikatif penyair dalam karya. Demikian itulah saya sebagai pembaca akan membaca untuk menikmati kesedapan dan kesatuan proses pengungkapan makna serta perilaku mengarang dalam konteks pemeguan yang sesungguhnya hidup antara tanda dan petanda. Asasnya dalam bacaan, secara mudahnya ialah wacana dan teks, pengarang dan pembaca sebagai pemberi makna kepada paparan komunikatif yang muncul dalam teks. Demikian pula ungkapan bahasa puisi. Ungkapan bahasa puisi semantik dalam berbagai-bagai ragam petanda serta gaya bahasa itu tentulah terus berkembang dalam proses interaksi komunikatif. Ungkapan tersebut dituliskan untuk dibaca, atau dituturkan untuk didengar, lalu difahami pembaca. Dalam proses pemeguan dan pemahamannya penyair berusaha berkomunikatif, dan sikap pembaca pula terus-menerus berusaha mengembangkan komunikatif berdasarkan tanggapan atas dasar pemahaman yang lain. Dalam konteks yang lain pula, akan wujud ungkapan bahasa yang sarat komunikatif yang demikian itulah dianggap sebagai analisis wacana puisi supaya kesatuan itu dimengerti oleh pembaca. Dalam proses kreatif penyair perilaku komunikatif itu berputaran dalam ruang cipta. Di mana-mana, atau jauh di sebuah negeri kecil di Timur, Tanah Serendah gelarnya, di situlah adanya Rahimidin Zahari, yang dilahirkan dan membesar bersama-sama kuning dan hijau subur padi, merangkak dalam selut kehidupan, membesar dengan alam, terasuh dengan bimbingan keagamaan sehingga beliau menapak dalam jurai-jurai puisi. Separuh daripada usianya dihabiskan dengan mengarang puisi, meniup rasa dan menyuntik semangat, berjuang dalam acuan pemikiran dengan cara mengamati, menasihati, menegur, dan mengkritik yang salah. Beliau menjadi pencatat dan perakam suasana aneh di penghujung perjalanannya. Bakat awal kepenyairannya masih segar dan gagah dalam identitinya yang bermula dari daerah perkampungan dalam buku Lakaran Kampung, dalam komunikatif bahasanya dan kemahirannya yang tersendiri. Dengan memegu beberapa wacana yang difahaminya.Asas pada pembacaan puisi terpilih ialah melihat bagaimana media kehidupan saling berintraksi melalui pelbagai ruang mental sehingga apa yang dimiliki bersama iaitu media sosial dan wacana itu dihadam dan diolah ke dalam bentuk bahasa oleh penyair. Ruang media komunikatif ini dapat dinikmati apabila kita membaca puisi Rahimidin Zahari. Misalnya dalam beberapa puisi beliau menggunakan media wayang kulit untuk mereperentasi sesuatu pemberlakuan yang diterima, contahnya “telah kusedari lewat kali ini, kau tinggalkan kami dengan sebenar-benarnya, bunyi rebab dan suara pak dogol sendirian”. Penyajian teks dalam bentuk pesan ini menimbulkan kesedaran makna dan usaha yang dibawa oleh beliau untuk sekurang-kurang menghidupkan semula media wayang kulit. Apa yang ditulis beliau itu menjadi kesedaran dan bercerita pada pembaca. Wacana yang saling bertindih dalam bentuk ungkapan kata-kata itu menimbulkan perkongsian komunikasi antara pembaca dan pengarang. Penyair yang teliti akan meyudutkan kekuatan berkomunikatif dengan memberi jiwa dan kekuasaan setelah menerima kesan langsung daripada media sosial sehingga eulogi dan eufemisme menjadi wacana yang akan menegaskan pemikiran dalam puisi.Sebagai perbandingan, kekuatan teks dalam puisi Sapardi Djoko Damono, Hujan Bulan Juni, yang diberikan produksinya dengan tajuk Jarak; “dan Adam turun di hutan-hutan,mengabur dalam dongengan dan kita tiba-tiba di sini tengadah ke langit; kosong sepi.” Sapardi melihat Adam sebagai media komunikatif yang hidup dalam ruang jujur dan benar, akan tetapi dunia dan langit diproduksinya sebagai teks baru yang menjadi wacana baru untuk membaca akhlak manusia. Persoalan eufemisme dalam puisi sangat berpengaruh untuk membina wacana kritis apabila munculnya kalimat. Mungkin berpandukan catatan dalam Perjalanan Salik, beliau menulis Yuyuen Garden; kita yang selalu berbeza dan aku yang kau sukar menerka; ingin membina sebuah taman sebagaimana yang teragan di negeri cinta akan kupindahkan taman dengan segala bunga-bungaan, kolam tempat ikan berenang, marmar berobjek masa lampau; cuma di halaman akan kutukarkan gingko dengan sepohon kenanga yang harumnya bertahun akan kukenang. Demikian itu, penemuan penyair dengan sepohon ginko di luar media tetapi pemeguan dengan sepohon kenanga dalam media secara tidak langsung mewujudkan rasa perbandingan seakan bidalan lama hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. Dalam kaedah analisis wacana, teks itu sendiri memperlihatkan bagaimana analisis telah berlaku apabila media sosial bertembung dalam garis pemikiran penyair. Makna-makna sampingan akan luruh dalam puisi apabila pembaca membaca puisi Rahimidin, contohnya dalam puisi Tok Janggut beliau bergelut dalam media sejarah untuk menyuarakan sudut kepewiraan tokoh dengan memilih aku murba perkasa serta memilih Islam dan Melayu dalam membangkitkan hegemoni dalam puisi.Kekuatan dan dominasi semantik harus dibangunkan dalam puisi patriotik supaya kekuasaan puisi itu bukan sahaja terserlah pada bahasa sahaja tetapi akan turut dirasai apabila dibaca. Misalnya hegemoni pertama diwujudkan begini; Kuharung sungai Kususur bukit tujuh gua yang silam Aku murba perkasa Kau tuduh penderhaka celaka? Pemaksaan hegemoni dalam media sejarah dihidupkan lagi oleh penyair supaya dapat memperlihatkan kepada pembaca penyair dapat mendominasikan fakta ke ruang media komuinkatif baru. Antaranya diungkap begini; Aku tak pandai berselindung dengan kepang dan senandung Suaraku tak mungkin semerdu seruling Aku tak rela tanah darahku diinjak dijajah Aku tak rela hasil bumiku dicantas dipulas Aku tak rela bangsaku dipandirkadukkan Aku tak rela islam agamaku disendatemehkan Tanpa sedar penyair menceritakan fakta sejarah tetapi dalam wadah media yang memperlihatkan titik kesedaran bahawa kisah sejarah Tok Janggut ini bukan sejarah semata-mata, tetapi suatu dominasi kekuasaan yang mampu membangun jiwa dan membentuk masyarakat dan pemikiran kenegerian yang berdaulat. Sebagai pembaca, sesuai dengan konsep kajian wacana antara lainnya berusaha melihat struktur pesan yang dioleh oleh pengarang dalam karya. Dengan menggunakan tokoh Tok Janggut, kalimat puitis disusun penyair, Tok janggut haji mat hasan namaku Tujuh lapis langit terpikul di bahu Tujuh lapis bumi tercengkam di kaki Aku pulang dari tanah makkah yang putih dan suci Ingin ku lihat tanah darahku tanpa dijajah Kubaca jamaluddin al afghani Kuhafal reformis Muhammad abduh Dan kugenggam ideologi rasyid redha Tok janggut haji mat hasan namaku Anak kelantan kelahiran pasir putih Kampung saring mahupun jeram adalah padang permainanku adalah gelanggang silat tempat kau memperlimaukan diri Dalam analisis wacana, bahasa perlu dihubungkan dengan tujuan atau disebut dalam konteks, atau dengan konteks.Apakah tujuan penyair menulis puisi Tok Janggut? Dengan menggunakan pendekatan analisis wacana, jika mengikut konteks ia bertujuan untuk mengisi ruang kemerdekaan. Jika wacananya dihalusi dengan memegukan bahasa terpilih puisi Tok Janggut memancarkan hegemoni yang tersirat seperti kata penyair dalam beberapa kata dalam rangkap di bawah, jantan perkasa, ranting cempaka,psra tirani dan darah matahariku. Aku pulang siap sedia sebagai lelaki anak jantan perkasa Aku siap sedia menitiskan darah ke ranting cempaka Ini tanah darahku tak kurela kau kikis habis Kuoleng mangkuk mimpi para tirani Inilah nafasku Angin bergegas menyebarkan tandus Dan nah! Darah matahariku akan terpercik Ke tanah pasir putih Rintih angin taufan sedialah kau akanku amuk Kugetus jantung hatiku

Tentang P.Ramlee dan Satu Tanggapan Lisan

Salah satu kekuatan P.Ramlee ialah berjaya memilih kosa kata yang kuat dalam menulis. Ia seperti membaca sajak sajak Chairil kerana pada zaman mudanya ia mahu pembaharuan. Melihat pada beberapa catatan beliau merupakan artis inde atau bermula dengan underground. Pembaharuan yang dibawanya menogkah arus seni, misalnya ia berkata kita perlukan lagu lagu baru dan muzik moden, zaman muzik batang padi perlu ditinggalkan.Dan sewaktu saya membaca ada beberapa maklumat awal termaklum antara contoh tanjung dan pekan bukit mertajam tempat aktor terkenal Nordin Ahmad, dikatakan lokasi awal kerja seni beliau.Hanya cerita lisan menguatkan fakta bukit mertajam suatu ketika dahulu menjadi pekan hiburan kerana disini berdagang ceti ceti dan tanjung menjadi kawasan elit seniman dan koprat kelas bangsawan, baca banyak rumah rehat bangsawan melayu. P.Ramlee kerap menyanyi di pekan bukit mertajam sebagai seniman inde dan kisah ini ditulis oleh B.S Rajhans. Dalam tanggapan lisan dan bual bicara sesudah sekian lama memerhati di pekan Bukit Mertajam ada lebih kurang tiga saki baki Rajhans Chennai dan jika digoggle bermula dengan senima hingga saudagar bank. Antara yang masih tinggal pemilik roti canai panggung chaty, zaohir nordin dan mhutolib al amin yang kerap berulang alik ke chennai. Info lisan perlu dikoreksi lagi tentang BH Rajhans ini kerana bakat lelaki yang bernama P.Ramlee ini ditemui dalam pesta tanaman di bukit Mertajam, mungkin lokasi di belakang deretan rumah kedai yang mana tanah dalam pekan ini tidak dibangunkan sampai sekarang kerana khabarnya dipunyai ceti Chennai malahan diceritakan seorang gadis di bukit mertajam menjadi gila! Pada waktu ini keluarga pak ibrahim(ayahanda anwar ibrahim) keluarga Saad brother,Mr Kadiq antara famili melayu yang menguasai daerah bukit mertajam berkemungkinan mempunyai fakta sehingga Anwar Ibrahim begitu bersahaja mempolitikan lagu P.Ramlee. Saya bayangkan sebuah lagunya Senja Kala yang berhantu.Lagu Senja Kala cukup puitis jika diulang baca dan lenggok lagunya sudah memancar ketajaman minda. Hati karam dan disambar pergi meletak lagu lagu p ramlee memang hidup.Saya tulis semula lagu senja kala, Senja kala sudah tiba, membawaku rasa duka, dalam jiwa bergelora, senja kala kau menjelma menghampiri waktu sunyi dalam hati karam terperi... Unsur pemodenan dalam puisi juga membawa sikap yang sama kepada penyanyi dan pemuzik inde, mencari pembaharuan dan kelainan berkarya.Namun unsur bercerita dan senda tawa masih dikekalkan dalam berkarya, misalnya dalam lagu Seribu satu malam, Aci aci buka pintu,Ubat dan banyak lagi. Hal sebegini sangat penting kerana halwa telinga pendengar sudah sebati dengan massa hiburan pada waktu itu. Umpama dalam lagu Ubat, rentak komedi dan hiburan rakyat diutamakan. Inilah ubat hai sungguh istimewa kalau salah sapu bangun pagi hilang nyawa.. Lagu lagu sedemikian dinyanyikan sesuai dengan massa, pertamanya ia dapat memanggil orang yang meminati hiburan. Ia sesuai dinyanyikan secara inde dipasar tani, sambil berniaga khususnya di bukit mertajam yang dianggap pekan ilmu, adanya High School, pekan pengajian agama adanya smk agama Masyriah, hj Fuad pengasas Pas dan bendang padi ysn meluas serta tokey cina termasuk boon siew dan ceti mula mengorak langkah dalam perniagaan. Tentulah P.Ramlee mengambil peluang ini untuk meperagakan bakat seninya dan disitulah barangkali titk mulanya ia ke MFP melalui BS .Rajhanes (boleh digoggle di wkipedia B.S.Rajhans, dengan mengarah filem Laila Majnun, 1933, P.Ramler dilahirkan pada tahun 1929, omar rojik 1924 nordin Ahmad 1932 dan L.Krishnan 1922 juga berasal dari Bukit Mertajam, barangkali inilah yang sebenarnya do re mi. Selain pekan bukit mertajam, antara lokasi yang pesat membangun ialah pekan Bagan,namun ia tak sesuai sebagai lokasi hiburan kerana Melayu hanya tinggal di tanah tol, boleh fikatan tanah milik kompeni akan tetapi daerah bukit mertajam dilihat lebih banyak tanah lot yang murah dan berdaya saing Saya difahamkan tanah dihadapan rumah saya ini asalnya milik Seniman Omar Rojik, kemudian dijual kepada orang lain kerana pada masa itu Omar Rojik mahu kr MFP. Jadi saya melihat nama besar Nordin Ahmad yang berjaya menjadi filem star di MFP menjadi kembara seni dari bukit mertajam. Kita boleh rasakan team mate mereka dalam semerah padi dll. Apapun sebagai penelaah saya terbatas maklumat perihal tahun tahun cipta karya beliau. Sebagaimana diawali, tulisan ini hanya catatan lisan hasil perbualan penulis dengan orang tertentu, melalui bacaan dan capaian intetnet untuk melihat P.Ramlee khususnya dalam pekan bukit Mertajam. Saya melihat dan masih mencari keluarga Rajhanes atau mungkin keluarga L.Krishnan. Apapun dengan bakat jalanan yang besar ditemui di ekspo tanama oleh Rajhanes, yang dibawa oleh keluarga ceti ini tidak mengubah cara berkarya P. Rsmlee yang dipengaruhi karywan seni yang penting daiam pujangga baru, khususnya Chairil Anwar. Lagu lagunya bukan sahaja menjadi massa bagi dirinya sendiri dalam berjuang untuk menempatkan karyanya yang condong ke arah individualis, malah rakaman waktu yang bercerita banyak perkara dalam hidupnya.