Saturday, February 4, 2012

2 sinopsis cerpe

Sinopsis Cerpen Kepikunan

Mengisahkan pencemaran Sungai Paya Terendam yang berdekatan rumah Adam dan isterinya yang tinggal di Taman Beris Jaya. Adam telah dianggap pikun oleh penduduk, malah oleh anak menantunya sendiri. Adam lelaki tua yang berilmu dan beriman itu menyindir saf kepimpinan negara yang gagal menjadi seperti matahari. Bagi Adam merdeka itu umpama sungai, tetapi Adam menggunakan sungai yang berwajah kotor dan jijik sejak sekian lama merdeka sebagai kritikan kepada kegagalan pemimpin negara memerdekakan makna merdeka yang sebenar.

Cerpen Yang Aneh-Ruhaini Mat darin

Mengisahkan Aku(Hamid), Raju dan Si Chee Hoong yang mencurigai sejarah apatah lagi momokan mengenainya selalu diulang apabila menjelang kemerdekaan

Lalu dengan perlambangan pengarang melukiskan aku duduk menanti kapal wap yang membawa rempah ratus yg mengangkut bijih timah dari selatan teluk

Dari perut kapal turun beberapa naga bertubuh sasa, lelaki berkulit hitam dan bermata sepet memunggah peti-peti besi ke dalam kapal

Di tepi kapal besar terbongkok-bongkok moyang kita mengangkat peti bijih timah

Mengimbasi bagaimana sarjana dan sejarahwan masih memperkatakan tentang naga walaupun sudah merdeka lebih 50th kerana mememcahkan orang melayu sebagai petani, org india sebagai peladang dan cina sebagai pelombong.

Melagakan moyang kami supaya bertengkar, mengenakan cukai yg tinggi dan miskin sehingga makan nasi dengan garam

Kemerdekaan umpamanya membayangkan kuasa naga di Negara kita

Penjajahan barat pada abad millennium, melalui radio, tv, telefon, surat khabar dan filem

Aku berkawan rapat dengan anak naga yg tinggal di sebelah rumah, penjajahan tidak bersalah,barat tidak bersalah kerana penjajahan itu satu keperluan

Raju bertemu pelancong barat, kata pelancong itu kamulah yang bersalah kerana kurang iman dan terpengaruh dengan godaan

Chee Hong menemui gadis Jepun yg berkerja di restoran makanan Jepun. Gadis Jepun itu berkata tamadun kami maju kerana bangsa kami tidak suka mengungkit pekara yang telah berlalu yang menyebabkan otak kami tidak berfikiran jauh, kami menjaga budaya kami, kami suka menguasai tetapi tidak suka dikuasai. Kecerdikan Jepun itu dapat direnung dalam peristiwa kuasa Jepun berbasikal mengalahkan British di Tanah Melayu

Dari timbunan sejarah masa lalu itu, aku mengharapkan biarlah kita memikirkan masa depan bangsa dan Negara kerana kita perlu berpijak di bumi nyata.

Azizi Abdullah Memerah Derita Dalam Sastera

Oleh SALLEH YAACOB

Tulisan ini barangkali agak lewat, tetapi semacam menjadi adat, dalam angkat mengangkat dan mengadili jaguh kesusasteraan, kita terlepas pandang kerana banyak tokoh pengarang Melayu tidak mempunyai kesarjanaan. Maka apabila kehilangan tokoh yang tidak bersarjana ini, barulah kita terharu mengenang manisnya, hebatnya atau kehilangan karya yang indah untuk dibaca lagi. Salah seorangnya ialah almarhum Azizi Abdullah, novelis, cerpenis dan aktivis politik yang universal.

Pengarang ulung yang sudah pergi tetapi masih dikenang ini sebenarnya sebaris dengan nama besar pengarang yang membina namanya di Pulau Pinang seperti Syed Syeikh al-Hadi, Ahmad Rashid Talu, Ahmad Rijaluddin atau yang masih berjuang seperti Shahnon Ahmad, Muhammad Hj. Salleh, Zakaria Ali dan Fatimah Busu. Pengarang ini menggalas tugas menghidupkan sastera kerana sastera itu alat pengambaran perasaan, pemikiran dan kehidupan bangsa dalam sesebuah negara. Muhammad Hj. Salleh, dalam bukunya Sastera Sebagai Ruang Bangsa, 2008 telah menyenaraikan beberapa kepentingan sastera, antaranya melawan kesan buruk kolonialisme siber, kolonialisme multinasional, atau kolonial antarabangsa yang datang menguasai semula selepas merdeka. Kehilangannya bermakna tidak ada lagi sebutir permata yang benar-benar dapat menyuntik motivasi kepada khalayak pembaca di Malaysia.

Dalam buku Kuras-Kuras Kreatif (KKK) yang diterbitkan pada tahun 2007, almrahum bercerita, bapanya menyuruh beliau membaca syair yang ditulis semasa dalam perjalanan ke Makkah dengan kapal laut. Barangkali kata beliau itulah warisan darah seni yang diperturunkan kepadanya. Cerita arwah, almarhum ayahnya mampu menulis semula kisah Hikayat Bayan Budiman yang dituturkan secara lisan pada waktu itu, ujarnya yang adakalanya sering bertelagah jua. Arwah bapanya seorang yang beriman, malah gemar membaca novel-novel Hamka dan cerita-cerita yang diterjemahkan dari Timur Tengah. Buku proses kreatif yang dihasilkan beliau ini sangat baik untuk dijadikan renungan terutama kepada penulis-penulis angkatan baru.

Bakat kepengarangan yang luar biasa beliau tumbuh sekitar tahun 1954 dan 1955, pada waktu itu beliau diasuh dengan komik dan lukisan. Walau bagaimanapun katanya, saya seorang murid yang miskin. Menjual ikan haruan yang ditahan dengan taut di sawah, mengambil upah menggunting rambut. Begitulah zaman mudanya yang agak bebas dan gemar menonton filem Hindustan di Butterworth. Sebagai seorang yang kreatif, tiap-tiap langkah dan perjalanan seninya mempunyai kaitan dengan karya. Sasterawan adalah seniman yang berdiri di tengah kemelut kehidupan masyarakat. Mendengar, mengamati dan mengutip derita kejadian yang menguris hati nurani. Demikian sekelumit catatan kreatifnya.

Bermula dengan menulis teks syarahan dan pidato, bakat kepengarangan itu diteruskan. Amalan itu dilakukan dalam proses kreatif menulis cerpen dan novel. Dua guru penting beliau ialah arwah Jihaty Abadi dan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Beliau menulis berdasarkan rimba pengalaman, pengunyahan penderitaan dan perenungan pada sesuatu peristiwa yang menusuk jiwa. Kekuatannya terletak pada keberanian seperti dalam hujahnya dalam novel, cerita yang kecil pun kena tulis seperti bunga-bunga rumput dan daun-daun.

Justeru, pada peringkat awal idea penulisannya bersimpang-siur dengan isu keperibadian dan kekeluargaan. Umpamanya dalam novel Senja Belum Berakhir(SBB), 1970 yang dijual naskahnya Rm300 sahaja. Kepandaiannya bermain simbolik dengan menjadikan novel Pulang, karya Tohar Mokhtar sebagai sumber rujukan, serta memindahkan pengalaman dengan mengubah watak Malawi, Bani Putih dan Iman Herman dalam proses penceritaanya. Daripada kisah kekeluaragaan, novel SBB akhirnya disimbolikkan sebagai novel yang berkaitan dengan sikap dan kelemahan berpolitik orang Melayu yang membenarkan warga asing membina petempatan dan akhirnya lantang menuntut hak atas kelemahan serta sikap berdiam diri dan bertolak-ansur itu.

Idea dalam jiwa penulis tidak pernah mati. Idea menjadi gumpalan perasaan yang dikumpul. Segala pengalaman itu terpendam, idea yang sudah ada sekian lama itu dikeluarkan dalam ruang kreatif yang berbeza-beza. Daripada cerpen Cengal Batu kemudiannya dipinda ubah menjadi novel Seorang Tua di Kaki Gunung. yang katanya ditulis begitu-begitu saja tetapi kemudiannya dianggap oleh panelis sebagai novel serius bermotivasi dan dijadikan teks untuk pelajar Tingkatan Lima.

Oleh yang demikian, kerana disiplin dan ketajaman daya kreatifnya dalam berkarya beliau berjaya memerah kemelut derita dalam cerita sebagai konflik yang menarik untuk dikenang. Misalnya, sebagai pembaca apabila saya membaca salah satu novelnya, Seengetha, barulah saya dapat rasai akan kebenaran kuras-kuras kreatifnya kerana beliau sering menghafaz sari kata yang indah-indah dalam filem Hindustan. Malah, berkemungkinan idea sebenarnya novel Sanggetha itu juga disimbolikkan semula seperti novel-novelnya yang lain berdasarkan filem Hindustan atau Tamil yang mengangkat tema cinta dan perbezaan darjat yang seakan sama dengan cerita Seengetha atau kisah hidup model jelita Sanggeetha Bijalani.

Sebenarnya pada zaman kemuncaknya beliau sangat tidak bersenpendapat dengan sarjana sastera. Bagi beliau, teori dan ilmu penulisan banyak mengongkong pengarang kreatif dalam berkarya. Katanya, saya mengnepikan segala macam teori dan kaedah dan selalunya tidak langsung berpandukan kaedah. Saya masih ingat semasa di dewan kuliah A, di USM pada ketika itu beliau tetap dengan pendiriannya menulis pakai hentam sahaja kerana ia yakin sasterawan lain juga berbuat demikian. Hal yang sedemikian juga ditegaskan dalam dialog bersama-sama pengarang semasa di Perpustakaan Awam, Seberang Jaya. Sewaktu di majlis pelancaran novel Sangeetha, katanya beliau melukis mimik muka orang tua berumur 80 tahun, kemudian melakar rumah lama yang diduduki orang India, gaya tarian jemari pemetik gambus yang diibarat macam lintah lapar manakala gaya ketukan jari pada tabla macam belakang miang, luahnya semasa dialog.

Minat kepengarangannya mula membunga apabila beliau mula terdedah dengan cerita pendek yang ditulis oleh Shahnon Ahmad, antaranya Di tengah Keluarga, Shiplis dan Hikmat Bulan Sabit Haji Taha. Aku ingin buktikan pelajar sekolah agama/pondok tidak sekolot seperti yang diperkatakan. Potongan berita di akhbar saya lekatkan di dinding bilik menaip saya. Semakin saya renungkan semakin mendesak hati saya supaya saya segera menulis,” (KKK, 117). Dalam keadaan hati saya amat mendesak oleh sensitiviti dari berita itu, maka ditukarnya menjadi khayalan yang positif sehingga tertulisnya novel Anak Kampung Kuala Raga, 1991, ulasnya.

Suatu keistimewaan lain, derita yang dikauti itu dikunyahnya berpanjangan. Beliau sememangnya berjiwa hamba, memindahkan sisa penderitaan itu untuk dijadikan perenungan dan percambahan pemikiran. Banyak karya yang dihasilkan beliau bersifat sedemikian, contohnya cerpen Kipas Angin, yang memenangi Hadis Sastera pada tahun 1975.

Bakat kepengarangannya mampu mengubah suatu idea kecil menjadi beberapa persoalan yang lebih universal. Maka ditangannya yang bijaksana itu lahirlah ratusan cerpen dan puluhan novel yang sepatutnya hari ini disimpan dalam sebuah pustaka atau teratak sastera yang dinamakan Aziz Abdullah, khusus untuk bacaan dan kajian. Hari ini, semuanya itu sudah tidak ada. Mungkin suatu hari nanti, namanya juga akan menjadi seperti Syed Syeikh al-Hadi atau Ahmad Rashid Talu yang hilang begitu saja.

Selepas sekian lama merdeka, perangai kita sebenarnya tidak banyak berubah. Oleh itu, pihak yang berkaitan atau orang perseorangan yang berminat, dirikanlah pustaka itu di mana-mana tanah wakaf dalam kawasan yang ada kaitan dengan dunia kepenyairannya seperti di Bukit Meryam, Permatang Tinggi atau di Kulim, Kedah. Biarlah karya yang ditulis beliau dalam dunia kepengarangan sastera ini menjadi suatu bahan ilmu untuk genarasi kita mengenal sosiobudaya bangsa kita yang renyuk. Kalau kebun nangka, ladang burung unta atau ladang anggur boleh dibeli tiket untuk melihatnya, tidak mustahil pustaka ilmu yang sedemikian lebih bernilai dan bermakna.

Arwah ustaz Azizi Abdullah juga bukan menulis karya sastera sahaja, bahkan juga menulis skrip drama yang berjaya. Ketokohannya wajar diangkat seperti katanya pelajar sekolah agama rakyat tidak sekolot mana. Beliau adalah ikon besar kejayaan sekolah agama rakyat. Satu aspek positif yang dapat diteladani, memandangkan sekolah agama rakyat tidak terikat sepenuhnya dengan kurikulum kerajaan, dicadangkan banyak Aziz lagi akan lahir dari sekolah berkenaan. Anjurkan kursus penulisan kreatif dan peneribtan majalah dan filem. Mungkin tiba masanya karya moden lahir daripada penulis yang mempunyai dinding keimanan dan takwa. Apatah lagi, apabila kita mendengar filem adaptasi Ombak Rindu, Bila Cina Bertasbih, Lagenda Budak Setan yang memberikan pulangan pendapatan tapi kosong jiwa.

Sekali lagi dalam syahdu mengenang pengarang hebat ini, marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk arwah. Al-Fatihah!