Friday, October 21, 2011

Sinposis Novel


Haruman Kencana Zaharah Nawawi
Novel HK mempuyai 31 bab. Penulis cuba menojolkan penglibatan kejayaan wanita dalam dunia perniagaan kosmetik. Rakaman kejayaan ini bermula dari bawah, si aku yang menempa nama dalam perniagaan minyak wangi.
Bab 2, Anugerah Emas, Bab yang paling ringkas dipilih menjadi latar belakang pendidikan watak iaitu dengan kelulusan ijazah kelas pertama di UPM, dalam bidang tumbuhan. Aku diterima menjadi penyelidik di SBH Golbal. Cerita berkembang, Dia tidak menduga akan menjejak kaki ke tanah Perancis; menghirup udara dan menikmati alamnya; mengenal manusia dan memahami budayanya. Yang tidak terduga itu mendatangi hidupnya apabila Dr. Farahana, seorang daripada pemegang ekuiti SBH Global menawarkan kepadanya untuk mempelajari pembuatan minyak wangi di Perancis dan seterusnya untuk menjadi pakar dalam bidang tersebut di SBH Global nanti.
Di Perancis, pelbagai rintangan dan halangan yang ditempuhinya - daripada mempelajari pembuatan minyak wangi dengan biaya SBH Global hingga hidup merempat sebagai gelandangan, akhirnya menjadi pelukis jalanan di Place du Tertre.
Daripada dia tidak mengenali Dominique hingga menjadi kawan rapat dengannya, tetapi ia tidak memahami Dominique sepenuhnya kerana ada rahsia yang dirahsiakan oleh Dominique daripadanya.
Kehidupan inilah yang dilalui oleh dia - Kencana - seorang gadis awal dua puluhan – selama 3 tahun berada ditengah-tengah manusia dan budaya yang asing daripada manusia dan budaya bangsanya. Dalam keasingan inilah gadis Melayu bernama Kencana melalui rentetan ujian hidup. SBH menaja Kencana ke Perancis. kisah di Negara Perancis mula berkembang dan bersulam dengan ingatan dan ukuran berkaitan sejarah,budaya,agama malahan hal-hal peribadi.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Trilogi Lamunan Puitis
Trilogi Lamunan Puitis ini tidak sekadar menghidangkan tiga kisah, malah turut menarik kesedaran pembaca untuk mendekati, erti lamunan dan kerinduan seorang anak terhadap ibubapa, alam dan Tuhan dalam konteks hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia denganTuhan serta memahami dan mencintai Islam sebagai cara hidup.
Lamunan aku, yang tinggal di Kg Kerinchi KL berkerja sebagai pemandu lori, Yati isteri yg berniaga nasi lemak, seha guru sekolah terhadap ibubapa di Kampung Banggul yg sedang pesat membangun. Aku, Yati,Seha dan kedua-dua ibubapa yang berputar dalam diri pengarang. Sebagai pembaca kita melihat pengarang sekejap jadi aku, jadi Yati,Jadi Seha,jadi ibu dan ayah. Semua itu hadir sebagai lamunan, sebuah imeganasi
Sebuah Mimpi buat Hari Tua
Ceritanya biasa sahaja iaitu bertolak daripada konsep kekeluargaan dan tempias pembangunan. Watak "aku", isterinya Yati, dan anak mereka Seha yang tinggal di sebuah flet di Kuala Lumpur, dari jauh ia sering teringatkan atuk dan nenek Seha di Kampung Banggul.
Titipan
Fragmen titipan pula, walaupun mempunyai konsep yang sama, namun lebih merupakan monolog dalaman yang mengisahkan tentang kenang-kenangan "aku" terhadap ibunya. Kegigihan ibu mencari rezeki, membesar anak-anak dan reda dengan kesusahan hidup sebagai petani dan pekerja kampong
Embun
Sementara Embun bertolak daripada falsafah keislaman, kususnya sifat 20, khususnya dalam konteks manusia sebagai hamba allah di muka bumi, manusia yg patuh kepada perintah yang dipersonafikasi bagi menghuraikan erti kewujudan, erti kebinasaan, erti perbuatan serta sumbangan bermakna ketika mempunyai hayat, serta sesudah kematian. Antara simpang siur semasa wujud di duniawi dan wujud di alam hakiki, Sungguhpun latar trilogi ini berbeza (keduniawi, kerohanian), ketiga-tiganya masih terikat dengan suatu konsep dan falsafah. Secara tidak langsung trilogi ini mengupas falsafah tersebut pada tahap kemanusiaan yang umum, serta tahap keinsanan yang tinggi. "
Trilogi Lamunan Puitis ini tidak sekadar menghidangkan tiga kisah, malah turut menarik kesedaran pembaca untuk mendekati, memahami dan mencintai Islam sebagai cara hidup. Sebuah Mimpi buat Hari Tua bertolak daripada konsep kekeluargaan dan pembangunan. Watak "aku", isterinya Yati, dan anak mereka Seha yang tinggal di sebuah flet di Kuala Lumpur, sering teringatkan atuk dan nenek Seha yang tinggal di sebuah flet di Kuala Lumpur, sering teringatkan atuk dan nenek Seha di Kampung Banggul. Titipan pula, walaupun mempunyai konsep yang sama, namun lebih merupakan monolog dalaman yang mengisahkan tentang kenang-kenangan "aku" terhadap ibunya. Sementara Embun bertolak daripada falsafah keislaman, dipersonafikasi bagi menghuraikan erti kewujudan, sumbangan bermakna ketika mempunyai hayat, serta kematian. Sungguhpun latar trilogi ini berbeza (keduniawi, kerohanian), ketiga-tiganya masih terikat dengan suatu konsep dan falsafah. Secara tidak langsung trilogi ini mengupas falsafah tersebut pada tahap kemanusiaan yang umum, serta tahap keinsanan yang tinggi. "